satusabah

Keputusan permohonan program matrikulasi diumum esok

KUALA LUMPUR: Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan akan mengumumkan senarai pemohon yang berjaya mengikuti Program Matrikulasi mul...

KUALA LUMPUR: Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan akan mengumumkan senarai pemohon yang berjaya mengikuti Program Matrikulasi mulai esok.

Keputusan berkenaan adalah bagi pelajar SPM 2013 yang membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober tahun lalu.
Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang KPM di www.moe.gov.my.

Bagi pemohon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi sesi 2014/2015, mereka dikehendaki membawa bersama surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen maklumat pelajar serta borang perjanjian pelajar (dua salinan).

Tarikh pendaftaran sesi berkenaan ialah seperti berikut:

* 19 Mei 2014, Kolej Matrikulasi Labuan, Kolej Matrikulasi Perlis
* 25 Mei 2014, Kolej Matrikulasi Sarawak, Kolej Matrikulasi Kedah, Kolej Matrikulasi Kelantan
* 26 Mei 2014, Kolej Matrikulasi di seluruh Semenanjung.
Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan terus menerusi laman web Kementerian Pendidikan mulai esok April hingga 8 Mei depan.

Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan di talian 03-88844036/4040/4083 pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Keputusanpermohonanprogrammatrikulasidiumumesok/Article/index_html

Related

Program Matrikulasi 7698570081448834338

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item