satusabah

Kuarters musnah dalam kebakaran

TAWAU: Sebuah rumah kuarters Jabatan Kesihatan di Jalan Carlos di sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 12.20 tengahari kelmarin. ...

TAWAU: Sebuah rumah kuarters Jabatan Kesihatan di Jalan Carlos di sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 12.20 tengahari kelmarin.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Rudy Fredzex, sebuah motosikal yang diparkir di kawasan itu turut musnah akibat kebakaran terbabit.

“Bagaimanapun, semasa kebakaran tidak ada penghuni yang berada di kuarters berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, rumah yang terjejas itu didapati musnah hampir 90 peratus semasa pasukannya tiba di lokasi kejadian.

Pihaknya menerima panggilan pada jam 12.27 tengahari dan tiba di lokasi kejadian pada jam 12.34 tengahari.

“Operasi memadam dan mengawal kebakaran ditamatkan pada jam 1.50 petang dengan kekuatan keanggotaan seramai 16 orang, dua jentera dan satu utiliti,” katanya.

Rudy berkata, pasukan bomba membuat dua aliran dan dua pancutan untuk mengawal serta memadam kebakaran supaya tidak merebak ke lokasi berhampiran.

Berikutan insiden itu, beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya untuk mengenalpasti punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam kes terbabit.

“Kita menasihati warga Tawau supaya lebih berhati-hati sebelum keluar rumah serta memastikan semua perkakasan elektrik dan dapur ditutup terlebih dahulu,” katanya.

Sumber : http://www.theborneopost.com/2014/04/22/kuarters-musnah-dalam kebakaran/#ixzz2zcJ6nJEG

Related

kebakaran di tawau 29861675465182761

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item