satusabah

Lelaki lari hampir dua kilometer daripada pembuli jalanan

Terpaksa lari daripada pembuli setelah kereta ‘terhenti’ KUCHING: Seorang lelaki terpaksa berlari sejauh hampir dua kilometer untuk me...

Terpaksa lari daripada pembuli setelah kereta ‘terhenti’
KUCHING: Seorang lelaki terpaksa berlari sejauh hampir dua kilometer untuk menyelamatkan diri daripada sekumpulan pembuli jalanan yang cuba merompaknya awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia 24 tahun dan berasal dari Demak Laut itu terpaksa berlari sejauh itu setelah kereta yang dipandunya terbabas ketika cuba mengelak dari melanggar motosikal yang ditunggangi pembuli jalanan terbabit.



Menurut sumber, insiden berlaku sekitar jam 3 pagi ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari pusat bandar raya apabila kira-kira lebih daripada 10 motosikal mendekati keretanya itu untuk memaksa mangsa berhenti.

“Kereta mangsa terbabas dan peluang itu digunakan beberapa pembuli jalanan berkenaan mendekati mangsa di mana seorang daripada mereka terus meminta mangsa menyerahkan barang berharga kepada mereka.

“Mangsa kemudian menyerahkan satu telefon bimbit dan menunjukkan dompetnya yang kosong menyebabkan mereka (suspek) marah dan terus membelasah mangsa,” kata sumber.

Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri dari tempat kejadian iaitu dari bulatan berdekatan sebuah hospital swasta di Petra Jaya sehingga ke Jalan Bako.

Mangsa berjaya mendapatkan pertolongan dan dia kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan selepas itu.

Sumber : http://www.theborneopost.com/2014/04/28/lelaki-lari-hampir-dua-kilometer-daripada-pembuli-jalanan/#ixzz308os7WuO
Loading...

Related

Sarawak 4786801889154235039

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item