satusabah

MH370: 12 pesawat, 11 kapal digerakkan hari ini

 PERTH: Sebanyak sepuluh pesawat tentera, dua pesawat awam dan 11 kapal digerakkan hari ini dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines...

 PERTH: Sebanyak sepuluh pesawat tentera, dua pesawat awam dan 11 kapal digerakkan hari ini dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Hari ini, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) merancang pencarian visual di kawasan seluas kira-kira 40,349 kilometer persegi.

“Pusat kawasan carian terletak kira-kira 2,170 kilometer ke utara barat Perth,” kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan akhbar hari ini.

JACC berkata, sampel minyak yang dikumpul oleh kapal Ocean Shield kini sudah tiba di Perth dan akan dianalisis secara terperinci.

“Kami akan menyediakan butir-butir keputusan apabila ia sudah diperolehi,” katanya.

Sementara itu, cuaca diramalkan berangin di selatan timur. - JACC



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MH370_12pesawat_11kapaldigerakkanhariini/Article/?mutakhir=1
Loading...

Related

Misi Mencari MH370 2264797090374016129

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item