satusabah

POLIS TAK AMBIL MUDAH ISU KESELAMATAN PELANCONG DI LABUAN

Labuan, 14 April - Polis Sabah tidak akan mengambil mudah aspek keselamatan pelancong di pulau ini meskipun kes jenayah membabitkan go...


Labuan, 14 April - Polis Sabah tidak akan mengambil mudah aspek keselamatan pelancong di pulau ini meskipun kes jenayah membabitkan golongan itu di sini adalah sifar.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Adzhar Othman berkata keadaan itu tidak boleh dijadikan penanda aras bahawa pulau ini selamat dan bebas daripada jenayah.

"Kita tidak mahu isu keselamatan yang tidak terjamin menjadi faktor pelancong domestik mahupun antarabangsa takut berkunjung ke Labuan. Sekiranya ini berlaku, ia akan menyebabkan sektor ekonomi terjejas dan boleh mencacatkan imej pelancongan di sini," katanya.

Justeru, beliau berkata pihak berkuasa sedia menjalin kerjasama dengan pengusaha pelancongan, perhotelan, pejabat pelancongan negeri dan syarikat swasta bagi membanteras jenayah membabitkan pelancong.

Katanya, contoh kerjasama yang perlu digalakkan ialah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di hotel kerana akan memudahkan pencegahan jenayah dan melancarkan proses penjagaan keselamatan.

- BERNAMA

Related

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 6304018528996504285

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item