satusabah

Remaja Perempuan Meninggal Dunia Akibat Disimbah Asid

KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepas disimbah asid oleh seorang lelaki misteri di sebuah premis makanan berha...

KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepas disimbah asid oleh seorang lelaki misteri di sebuah premis makanan berhampiran Towering, Jalan Penampang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh berkata mangsa yang dikenali sebagai Memey Kandusan, 19, meninggal dunia kira-kira jam 11.20 pagi semalam selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth.

“Difahamkan mangsa sedang bersarapan di kedai berkenaan bersama dua rakannya sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali, pada kira-kira jam 5.30 pagi.

“Suspek yang memakai topi itu dikatakan bertindak melempar sejenis cecair dipercayai asid ke bahagian muka mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata tiada tangkapan dilakukan dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Menurutnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan. — Bernama

Sumber : http://www.theborneopost.com/2014/04/20/remaja-perempuan-meninggal-dunia-akibat-disimbah-asid/#ixzz2zM35mctX

Related

Penampang 4042874273397599366

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item