satusabah

Rentak Juara : Chong Wei Kecewakan Chen Long untuk Juarai Terbuka India

Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan gelaran ketiga Terbuka India yang dimenanginya, malam tadi dap...


Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan gelaran ketiga Terbuka India yang dimenanginya, malam tadi dapat menjadi tonik terbaik dalam misi memburu kejuaraan di Terbuka Singapura yang bermula esok.

Pemain nombor satu dunia tampil dengan aksi konsisten apabila membenam cabaran bintang sensasi China, Chen Long 21-13, 21-17 dalam tempoh 55 minit dalam aksi final yang menyaksikan dia mendapat sokongan daripada penonton yang hadir.
“Sudah pasti saya gembira dengan kejayaan ini kerana saya datang ke sini lebih kepada untuk menikmati setiap perlawanan yang saya harungi. Kejayaan ini juga meningkatkan lagi semangat saya sebelum mengharungi Terbuka Singapura pula,” katanya sejurus tamat aksi final, malam tadi.

Dahului rekod pertemuan

Chong Wei sebelum ini sudah dua kali merekodkan gelaran juara selepas memenanginya pada edisi 2011 dan 2013. Ia juga adalah gelaran ketiga Chong Wei untuk kalendar 2014 selepas turut mengungguli saingan Terbuka Malaysia (Januari) dan Seluruh England, bulan lalu.

Lebih manis, kemenangan itu menyaksikan dia kembali mendahului rekod pertemuan ke atas Chen Long selepas terikat 8-8 sebelum pertembungan final berkenaan.

Di Terbuka Singapura, Chong Wei yang diletakkan sebagai pemain pilihan pertama akan membuka tirai saingan menentang pemain Hong Kong, Nan Wei dalam misi memburu kejuaraan kedua sejak kali pertama dan terakhir memenanginya pada 2008.

Sumber : http://www.bharian.com.my

Related

sukan malaysia 6137047816905385352

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item