satusabah

Sistem Pendaftaran Kenderaan Tanpa Sempadan

Harian Metro Boleh daftar nombor di mana-mana JPJ Oleh Yusmawati Mhd Yusof Melaka: Kerajaan dijangka melaksanakan sistem pendaftaran ke...

Harian Metro
Boleh daftar nombor di mana-mana JPJ
Oleh Yusmawati Mhd Yusof

Melaka: Kerajaan dijangka melaksanakan sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan di seluruh negara mulai 1 Mei ini. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, melalui sistem itu pembeli kenderaan boleh mendaftarkan nombor pendaftaran negeri yang dikehendaki di mana-mana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara.

Katanya, sebagai contoh, pembeli kenderaan di Melaka yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran Johor boleh memohon di pejabat JPJ Melaka tanpa sebarang bayaran. “Pembeli kenderaan boleh memohon nombor pendaftaran kenderaan itu di mana-mana negeri dan kemudian mendaftarkannya di tempat pembeli.

“Sistem ini bagi menampung permintaan pelanggan yang meminati nombor pendaftaran tertentu.
Bagi memudahkan mereka, kerajaan melaksanakan sistem ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa Gred N41 dan Pembantu Penguatkuasa Gred N17 di Akademi Pengangkutan Jalan di sini, semalam.

Seramai 249 pelatih mengikuti kursus berkenaan selama tiga bulan bermula 13 Januari lalu.
Hadir sama, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad.
Abdul Aziz berkata, sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan berkenaan akan dibuat menerusi perkhidmatan pengkomputeran mySIKAP yang kini semakin berfungsi dengan baik.
“Selepas sistem pengkomputeran mySIKAP berjalan lancar, kita boleh serapkan sistem pendaftaran tanpa sempadan kerana dijangkakan tidak banyak proses pendaftaran tanpa sempadan ini kerana masih ramai yang mendaftar mengikut negeri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kaedah pertukaran hak milik kenderaan menggunakan sistem biometrik bagi individu sudah dimulakan pada 1 April lalu manakala bagi syarikat akan bermula 1 Jun ini bertujuan menangani isu pemalsuan dokumen.

“Ia terutamanya membabitkan transaksi tukar hak milik kenderaan tanpa persetujuan dan di luar pengetahuan pemilik asal selain menyelesaikan masalah berhubung pemilik baru yang enggan membuat proses pertukaran milik dan menggunakan kenderaan di atas nama pemilik asal,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pemandu bas terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub, Sabtu lalu yang disahkan positif dadah, beliau berkata, syarikat bas perlu memantau rapi pemandu di bawah mereka.

“Ini kerana 80 peratus daripada kemalangan maut membabitkan kecuaian manusia atau pemandu.
Justeru, dalam konteks ini, syarikat bas perlu bertanggungjawab.
“Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) disaran mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang mengabaikan pengurusan pemandu yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.
Loading...

Related

Kemalangan 8567021655249257038

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item