satusabah

[TERBARU] : Penumpang Mabuk Cetus Amaran Rampasan Pesawat di Bali

KUALA LUMPUR: Seorang penumpang mabuk cuba menceroboh kokpit pesawat milik Virgin Australia yang dalam penerbangan dari Brisbane ke Bali...

KUALA LUMPUR: Seorang penumpang mabuk cuba menceroboh kokpit pesawat milik Virgin Australia yang dalam penerbangan dari Brisbane ke Bali, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Laporan Awal

Penumpang itu kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.

Virgin Australia dalam satu kenyataan awal melalui Twitter menafikan laporan bahawa pesawat tersebut dirampas sebaliknya mengatakan pesawat berkenaan mendarat dengan selamat.

Laporan awal sebelum itu menyebut pesawat berkenaan dirampas. Maklumat itu datang daripada juruterbang pesawat berkenaan yang menghubungi pusat pengawal udara di Lapangan Terbang Ngurah Rai dan memaklumkan pesawat berkenaan dirampas.

"Maklumat terakhir, false alarm, penumpang mabuk cuba masuk kokpit. Tetapi kami sedang memeriksa (maklumat itu) lagi," kata jurucakap berkenaan seperti dipetik oleh portal berita, detik.com.

Pesawat Boeing 737-800 itu mendarat di Bali pada pukul 2.45 petang.

Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Indonesia, Herry Bhakti S. Gumay sebelum itu memberitahu media maklumat rampasan berkenaan termasuk kata-kata "hijacked" diterima oleh pusat pengawal udara di Ngurah Rai pada pukul 2.05 petang.

Lima penerbangan yang sepatutnya mendarat di Bali dialihkan ke Lapangan Terbang Juanda di Surabaya.

Sebelum ini, laporan mengenai rampasan pesawat 737-800 diberitahu oleh jurucakap tentera udara Indonesia, Hadi Tjahjanto kepada stesen teleivisyen MetroTV

“Kami menerima maklumat bahawa sebuah pesawat 737-800 dari Brisbane menuju ke Bali dirampas,” kata Hadi.

“Juruterbang melaporkan bahawa pesawat tersebut dirampas,” Pegawai Kanan Kementerian Pengangkutan berkata kepada MetroTV.

“Terdapat maklumat bahawa salah seorang penumpang cuba untuk memasuki kokpit, kami sedang menyiasat.”

“Lapangan terbang Bali terpaksa ditutup dan kami diberitahu tiada pesawat yang tiba atau berlepas dari situ. Juruterbang juga tidak membenarkan sesiapa keluar daripada pesawat.”
Loading...

Related

virgin hijack 7857981575966346426

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item