satusabah

Tiga kru kapal disyaki diculik

Pelabuhan Klang : Tiga kru yang bekerja di sebuah kapal tanker dikhuatiri diculik sekumpulan lanun kira-kira 16 Batu Nautika dari Pula...

Pelabuhan Klang : Tiga kru yang bekerja di sebuah kapal tanker dikhuatiri diculik sekumpulan lanun kira-kira 16 Batu Nautika dari Pulau Ketam, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kapal berkenaan dikatakan memberikan isyarat kecemasan kepada pihak berkuasa sebelum berjaya diselamatkan.



Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Norzaid Ismail berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum dapat mengesahkan sama ada tiga kru berkenaan diculik atau bersubahat dengan perompak dipercayai warga Indonesia terbabit.

"Kapal dalam perjalanan dari Singapura ke Yangoon, Myanmar apabila didatangi perompak bersenjatakan parang dan juga senjata api dengan menaiki bot.

"Kapal berkenaan kemudian diiringi polis ke Pelabuhan Klang dan tiada kru kapal lain yang cedera," katanya.


Related

Lanun 6304424720392590179

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item