satusabah

Kes Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM)

Tarikh : 22 Mei 2014 KES Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM), SAB-(B)-73-2014, HASHIMA HASBULLAH VS PICK N PAY Fakta Ke...

Tarikh : 22 Mei 2014

KES Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM), SAB-(B)-73-2014, HASHIMA HASBULLAH VS PICK N PAY


Fakta Kes: Pengguna telah membeli 2 paket kacang shandong. Harga terpamer adalah RM2.50 dan RM3.50 satu paket. Pembeli telah berkeras agar pengguna membayar harga lebih tinggi iaitu RM3.50 sepaket walaupun undang2 memperuntukkan pengguna hendaklah membayar harga yg lebih rendah apabila terpamer dua harga berlainan.

Penentang tidak hadir. 

Keputusan kes: Tuntutan pengguna dibenarkan iaitu RM52 (beza harga kacang dan kos mahkamah RM50). 

Presiden TTPM sebagai Hakim bersidang hari ini menyatakan kepujian di atas usaha pengguna memfailkan tuntutan walaupun amaun hanyalah RM2.00 krn ini pasti akan mengajar peniaga2 menjadi peniaga lebih beretika. Ini adalah pertama kali kes sebegini dibuat di TTPM Sabah dan berharap pengguna lain akan ambil iktibar.

Sumber : Hashimah Hasbullah 

###Saya sangat tertarik dengan kes tersebut. Sejujurnya saya hanya tahu sedikit sahaja mengenai KEPENGGUNAAN, bukan kerana tidak belajar tetapi ketika zaman persekolahan kurang mendapat pendedahan mengenai Siapa Pengguna dan Apa pula HAK Sebagai Pengguna. Anda pula macamana ? Untuk soalan di bawah ini adakah anda tahu? ( aik.. buyuk kamu cari di google.. heheeh) djk

1. ADAKAH ANDA MENYEDARI / MENGETAHUI HAK-HAK PENGGUNA ???
2. MELALUI KACAMATA ANDA, SIAPAKAH PENGGUNA YANG DIMAKSUDKAN ??

Adik-adik yang masih belajar cuba tanya cikgu kamu atau sesiapa sahaja orang dewasa di sebelah kamu soalan di atas.


Consumers Front of SABAH

MOHON KEPADA SEMUA UNTUK KONGSIKAN ARTIKEL INI AGAR SELURUH WARGA SABAH MENDAPAT MANFAAT DARINYA AGAR PARA PERUNCIT / PENIAGA DI LUAR SANA TIDAK BERANI UNTUK MENGAMBIL KESEMPATAN KEPADA PENGGUNA. 

Terima kasih atas sokongan semua. 

Related

Malaysia 415482830936440800

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item