satusabah

7 Sekeluarga tumpang berteduh selepas rumah hangus di Sepanggar

KOTA KINABALU: Seorang penjual sayur di pasar basah Inanam hanya mampu terkedu apabila menyaksikan kediaman yang dihuni selama 8 tahun h...

KOTA KINABALU: Seorang penjual sayur di pasar basah Inanam hanya mampu terkedu apabila menyaksikan kediaman yang dihuni selama 8 tahun hangus terbakar dalam insiden di Kampung Sepakat Jaya, Sepanggar di sini.

Mangsa dikenali sebagai Amir Selli, 45, berkata, ketika kejadian dia sedang berniaga di Inanam sementara enam lagi ahli keluarganya yang lain tidak berada di rumah kerana bersekolah dan keluar bekerja.

“Saya hanya mendapat panggilan daripada jiran sebelah rumah yang mengatakan kediaman kami terbakar.

“Tanpa berlengah, saya bersama seorang rakan terus bergegas pulang dan mendapati rumah kami telah musnah akibat kebakaran itu.

“Mujur ketika kejadian, lima lagi anak-anak saya tidak berada di rumah kerana bersekolah manaka isteri keluar bekerja,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian kelmarin.

Menurutnya, dia dan enam ahli keluarga yang berusia 7 hingga 40 tahun itu kini terpaksa menumpang teduh di rumah sanak saudara berdekatan sementara menanti bantuan selepas ditimpa musibah terbabit.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah Mohammad Affendy K Ramin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu kira-kira jam 2 petang.

“Tiga jentera dengan kekuatan 30 anggota digegaskan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat dan memadamkan api.

“Berdasarkan maklumat awal, kebakaran berkenaan melibatkan sebuah rumah jenis kayu yang musnah terbakar kira-kira 80 peratus dan keadaan terkawal jam 2.31 petang,” katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian itu dan pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan kejiranan mangsa.

“Punca dan jumlah kerugian dalam kejadian kebakaran ini masih dalam siasatan,” katanya.

Loading...

Related

Kota Kinabalu 5710779535011322192

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item