satusabah

Bolasepak Piala Ketua Menteri Sabah Tawar Hadiah Lumayan

SEBANYAK 26 daerah Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bakal bersaing untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM45,000 dalam pertandingan ...

SEBANYAK 26 daerah Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bakal bersaing untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM45,000 dalam pertandingan bola sepak Piala Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, bulan depan.

Timbalan Presiden SAFA, Datuk Lawrence Gimbang, berkata pusingan awal kejohanan itu akan bermula pada 6 hingga 15 Jun manakala pusingan akhir pada 18 hingga 25 Jun.

LAPAN KUMPULAN

“26 daerah yang bertanding itu akan dibahagikan kepada lapan kumpulan dan hanya juara bagi setiap kumpulan akan beraksi di pusingan akhir,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Setiausaha Agung SAFA, Alijus Sipil, kelmarin.

Kumpulan Satu terdiri daripada pasukan Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu; Kumpulan Dua Ranau, Telupid dan Tongod; Kumpulan Tiga Sandakan, Beluran dan Kinabatangan; dan Kumpulan Empat Kota Marudu, Kudat serta Pitas.

Empat lagi kumpulan lain ialah Kota Belud, Tuaran dan Kota Kinabalu (Kumpulan Lima), Penampang, Papar dan Putatan (Kumpulan Enam), Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang (Kumpulan Tujuh) serta juara bertahan Keningau, Tambunan, Nabawan dan Tenom (Kumpulan Lapan).

LAPAN PASUKAN YANG BERAKSI DALAM PUSINGAN AKHIR



PELUANG TUNJUK BAKAT

“Kita harap para pemain akan mengambil peluang menerusi kejohanan ini untuk menunjukkan bakat sebenar mereka, bagi pemain yang dikesan berbakat mungkin akan diserapkan dalam pasukan negeri tahun depan,” katanya sambil menambah kejohanan itu diadakan awal sebagai persiapan untuk membolehkan pemain berbakat menyertai pasukan Sabah tahun depan.

Lawrence berkata, setiap pasukan boleh mendaftarkan pemain yang berusia 16 hingga 21 tahun dan lima pemain yang berusia antara 22 hingga 27 tahun.

“Bagaimanapun, hanya dua pemain yang berusia 22 hingga 27 tahun yang boleh beraksi di atas padang pada setiap perlawanan,” katanya.

Pasukan yang menjadi juara akan mendapat wang tunai RM25,000 diikuti RM12,500 di tempat kedua, manakala dua pasukan yang tewas di separuh akhir juga akan membawa pulang wang tunai masing-masing RM4,000.

Sumber : Blog DJ Kupang
Loading...

Related

Telupid 5716319881112174146

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item