satusabah

Kempunanan Langgan Pelacur, Dibelasah sekumpulan lelaki

MIRI: Hasrat seorang lelaki warga asing untuk melanggan pelacur tidak kesampaian apabila dia tiba-tiba dibelasah oleh sekumpulan lelaki ...

MIRI: Hasrat seorang lelaki warga asing untuk melanggan pelacur tidak kesampaian apabila dia tiba-tiba dibelasah oleh sekumpulan lelaki dipercayai ‘mat motor’ dalam kejadian di lorong belakang sebuah hotel bajet di Jalan Kwangtung di sini, awal pagi semalam.

Mangsa yang cedera ditemui sekitar jam 3 pagi oleh tiga pekerja hotel bajet berkenaan setelah terdengar jeritan seseorang meminta tolong.

Ketika ditemui, mangsa yang berusia 20-an dipercayai dari Indonesia berdasarkan pertuturannya berlumuran darah dan sedang merangkak menuju ke arah hotel untuk meminta bantuan.

Melihat keadaan mangsa, tiga lelaki terbabit mengangkatnya ke bahagian hadapan hotel dan seterusnya menghubungi ambulans untuk meminta bantuan.


Terdahulu, menurut salah seorang pekerja hotel berkenaan yang dikenali sebagai Mohammad Azri Mohd Nardi, 20, ketika itu mereka sedang duduk di bahagian luar pintu masuk utama hotel sambil merokok apabila tiba-tiba terdengar suara seseorang menjerit meminta tolong.

Menurut Azri, sebelum ketibaan ambulans, dia sempat bertanya kepada mangsa apa sebenarnya yang berlaku dan mangsa memberitahu dia pergi ke lorong berkenaan untuk melanggan pelacur.

Bagaimanapun, menurut mangsa, ketika sedang berjalan-jalan di lorong berkenaan, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki bermotosikal lalu membelasahnya dipercayai menggunakan objek tumpul.

Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dirompak menyebabkan dia kehilangan dua unit telefon bimbit dan wang tunai RM200.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Loading...

Related

terkini 2727623258803231301

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item