satusabah

Polis Buru Warga Filipina larikan diri dari Pusat Tahanan Sementara

SANDAKAN - Polis masih menjejaki seorang lelaki warga Filipina yang melarikan diri daripada Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga Batu 5 de...

SANDAKAN - Polis masih menjejaki seorang lelaki warga Filipina yang melarikan diri daripada Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga Batu 5 dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, lelaki itu dikenali sebagai Patak Palong, 32, berambut pendek kerinting dengan ketinggian 165 sentimeter dan berkulit cerah.

Katanya, kejadian berlaku pukul 6.25 petang ketika pengawal keselamatan di pusat tahanan itu mengeluarkan 20 tahanan kumpulan pertama dari blok tahanan yang mempunyai 193 penghuni untuk mengambil air wuduk di luar blok tahanan itu.

Beliau berkata, seorang daripada tahanan iaitu suspek kemudiannya memotong barisan dengan bertindak lari keluar dari pintu blok sebelum menuju ke belakang blok berkenaan dan memanjat zink tembok di pusat tahanan itu.

"Pengawal keselamatan yang bertugas telah mengunci semula pintu tahanan blok tersebut sebelum mengejar suspek tetapi gagal mengesan suspek," katanya di sini hari ini.

Rowell berkata, setelah menerima laporan, operasi mengesan suspek dilakukan dan dia dipercayai masih berada di daerah ini.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat seorang lelaki yang mencurigakan agar memaklumkan kepada polis. - Bernama
Loading...

Related

polis 8023232763149187272

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item