satusabah

Samsung melancarkan telefon bimbit baharu Tizen

SAN FRANCISCO: Samsung hari ini melancarkan telefon pintar terbaharunya menggunakan platform Tizen yang bermatlamat untuk memisahkannya da...

SAN FRANCISCO: Samsung hari ini melancarkan telefon pintar terbaharunya menggunakan platform Tizen yang bermatlamat untuk memisahkannya dari Google Android dan menyifatkan peranti itu sebagai “Internet of Things.” 

Pengeluar produk elektronik Korea Selatan itu mempamerkan Samsung Z, telefon pintar pertama yang dijana platform Tizen bagi membezakannya daripada majoriti peranti yang menggunakan sistem operasi Android. 

Samsung berkata, Tizen adalah platform yang bukan hanya untuk telefon tetapi boleh disambung dengan peranti lain seperti peralatan rumah, mengunci pintu dan jam yang boleh berkomunikasi dengan orang lain pada masa depan. 

Pengumuman produk terbaharu itu dibuat sehari selepas Apple melancarkan versi terbaharu sistem operasi telefon bimbit iOS. 

Samsung Z yang direka untuk kegunaan platform Tizen akan mula dijual di Russia pada suku tahun ketiga tahun ini sebelum sampai di pasaran lain. 

Kebanyakan peranti keluaran Samsung termasuk telefon pintar Galaxy S menggunakan sistem operasi Android. - AFP 

Loading...

Related

utama 36668162901873472

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item