satusabah

Amaran Angin Kencang : Taufan MATMO dikesan 2177 KM ke Timur Laut Kudat

Keadaan itu mengakibatkan angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5...

Keadaan itu mengakibatkan angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter

Gambar Hiasan Sahaja
Kuala Lumpur - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora berikutan Taufan Matmo yang dikesan kira-kira 2,177 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah pada pukul tengah malam Rabu.

Menurut kenyataan jabatan itu, taufan berkenaan dikesan di latitud 26.4 U dan longitud 118.6 T dan bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam.

Keadaan itu mengakibatkan angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di perairan Palawan, Reef North, Condore dan Layang-Layang dijangka berterusan sehingga pada Khamis.

Perairan Perlis dan Kedah juga dijangka mengalami keadaan serupa manakala di Phuket, angin kencang dijangka berterusan sehingga Khamis.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer di sekitar perairan Selat Melaka utara ekoran jerebu yang melanda, dan keadaan itu berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran.
Loading...

Related

Malaysia 3774422337907224812

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item