satusabah

BERITA SABAH | ESSCOM TUBUH ENAM PASUKAN PEMANTAU

ISU KESELAMATAN NEGERI SABAH Abdul Rashid ketika melawat pos kawalan di Pulau Bohey Dulang baru-baru ini. Sumber New SabahTimes : Pi...

ISU KESELAMATAN NEGERI SABAH

Abdul Rashid ketika melawat pos kawalan di Pulau Bohey Dulang baru-baru ini.
Sumber New SabahTimes : Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah menubuhkan enam pasukan pemantau bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota di lokasi penugasan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), terutama sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Komander Esscom DCP Datuk Abdul Rashid Harun berkata pasukan pemantau yang terdiri daripada gabungan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu mula beroperasi pada Sabtu lepas (26 Julai lepas).

Beliau berkata mereka diamanahkan untuk melawat semua penugasan di Esszone termasuk pos kawalan di pulau-pulau dan darat serta pasukan pemintas.

“Alhamdulillah setakat ini semangat semua anggota yang bertugas di Esszone berada di tahap tinggi walaupun terpaksa bertugas dan berjauhan dari keluarga sepanjang musim perayaan ini.

“Doakan semoga anggota keselamatan kita berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan dalam segala urusan demi kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Abdul Rashid berkata jumlah pemantau itu mungkin akan dikurangkan selepas perayaan Hari Raya Aidilftri kerana “mereka ini semua dari Esscom yang perlu juga membuat tugasan lain”.

Esszone meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna.
Loading...

Related

Malaysia 1844062958592074026

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item