satusabah

Berita Sabah : Kenderaan Rasmi Pengarah Kastam dijumpai di Tawau

Kereta Rasmi Pengarah Kastam Ditemui Semula di Tawau Kenderaan rasmi Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah yang dilapor...

Kereta Rasmi Pengarah Kastam Ditemui Semula di Tawau

Kenderaan rasmi Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah yang dilapor hilang 27 Jun lepas di Taman Ujana Kingfisher ditemui semula di Kg Sungai Buaya Batu 3 Jalan Apas, di sini Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah, kenderaan jenis Proton Inspira terbabit berjaya dirampas oleh unit khas IPD Tawau.

“Kita turut menahan dua suspek berusia 32 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri semasa serbuan dilakukan kira-kira jam 12.30 tengahari,” katanya di sini kelmarin.

Awang berkata, serbuan itu dijalankan atas maklumat awam sebelum sepasukan anggota unit khas IPD Tawau bergegas ke sebuah rumah tidak bernombor di penempatan terbabit.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan di dalam rumah terlibat dan beberapa barangan rampasan turut direkodkan di dalam serbuan berkenaan.

“Selain kereta Inspira warna hitam dengan plat nombor palsu SS5253T (plat asal SAB2294J), kita juga merampas sebuah beg bimbit warna hitam TOPAO.

“Kita juga merampas seikat kunci rumah, sebuah beg diari hitam jalur merah PERFECT dan tiga buah buku akaun simpanan bank Maybank, Alliance Bank dan ASB,” katanya.

Beliau berkata, barangan lain yang turut dirampas adalah satu kad Perbadanan Pinjaman Sabah, sebuah telefon bimbit Nokia X2, dua buah dairi dan satu pendrive Kingston.

Dalam pada itu, Awang meminta orang awam yang hendak meninggalkan rumah atau bercuti pada Hari Raya Aidilfitri supaya memaklumkan balai polis berdekatan.

“Kita harap mereka yang hendak keluar pada suatu jangka masa yang lama supaya dapat mengisi borang balik kampung yang disediakan di balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, pada 27 Jun lepas media melaporkan Pengarah JKDM Sabah Datuk Dr Janathan Kandok mengalami kerugian kira-kira RM70,000 selepas rumahnya dipecah masuk. Utusan Borneo
Loading...

Related

Malaysia 1583001357469326472

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item