satusabah

Berita Sarawak : Tiga Lelaki Ditahan Selepas dipercayai Merompak dan Menyerang Wraga Indonesia

Tiga Lelaki Ditahan Selepas dipercayai Merompak dan Menyerang Wraga Indonesia di Kuching Tiga lelaki tempatan yang dipercayai terbabit...

Tiga Lelaki Ditahan Selepas dipercayai Merompak dan Menyerang Wraga Indonesia di Kuching

Tiga lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes rompak dan menyerang seorang warga Indonesia, ditangkap dalam tempoh kurang daripada dua jam selepas insiden itu berlaku.

Menurut sumber, insiden itu diketahui polis apabila terjumpa mangsa yang bekerja di atas kapal tunda di Sungai Apong, cedera dan berdarah di bahagian badan di tepi jalan ketika sedang menjalankan Ops Ragut berhampiran Muzium Sarawak.

Difahamkan, dalam kejadian sekitar 1 petang, mangsa yang berusia 37 tahun telah diserang dan dirompak tiga suspek yang kemudiannya melarikan beg mengandungi RM50 di kawasan sunyi di taman berhampiran muzium tersebut.

Polis yang percaya suspek-suspek berada tidak jauh dari lokasi itu, meronda-ronda di kawasan pasar sebelum terjumpa tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di Open Air Market, Jalan Market di sini, kira-kira jam 3 petang.

Mereka yang masing-masing berumur 21, 23 dan 28 tahun difahamkan dari Kampung Rampangi dibawa ke Balai Polis Sentral untuk membantu siasatan.
Utusan Borneo
Loading...

Related

Sarawak 722507667520592933

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item