satusabah

Berita semasa : Lelaki dipenjara Empat hari miliki Mercun

KLANG – Seorang lelaki dihukum penjara empat hari dan denda RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Klang pagi tadi, terh...

KLANG – Seorang lelaki dihukum penjara empat hari dan denda RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Klang pagi tadi, terhadap pertuduhan memiliki 740 kotak mercun, akhir bulan lalu.

Tertuduh, Yong Leong @ Yong Hon Leong, 59, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret Mariam Maran Abdullah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditahan.

Mengikut fakta pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sejumlah 740 kotak mercun pelbagai jenis di tepi Jalan Khamis, Meru pada jam 11.25 pagi, 29 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Md Noor dan tertuduh diwakili peguam bela Farah Idayu Nusi. 
BH Online
Loading...

Related

mahkamah 1273739717751997953

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item