satusabah

BERITA TERKINI : PERTEMPURAN DI UKRAINE ANTARA TENTERA UKRAINE DAN PEMISAH PRO RUSSIA

Perkembangan Terkini Pertempuran di Ukraine Antara Tentera Ukraine dan Pemisah Pro-Rusia - Anggaran Awal 19 Orang Awam Maut Sebuah jamb...

Perkembangan Terkini Pertempuran di Ukraine Antara Tentera Ukraine dan Pemisah Pro-Rusia - Anggaran Awal 19 Orang Awam Maut

Sebuah jambatan kereta api diletupkan pada Isnin sehingga menghalang jalan yang menghubungkan antara Charkov dan Donetsk di Ukraine. Pasukan penyiasat tidak dapat memasuki lokasi nahas MH17 berikutan pertempuran yang berlaku di kawasan itu. Foto EPA
SEKURANG-KURANGNYA 19 orang awam terbunuh dalam pertempuran antara tentera Ukraine dan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine berhampiran lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, kata pegawai tempatan pada Selasa.

Tentera Ukraine mengusir kumpulan pemberontak ke kubu kuat mereka di dua bandar utama Donetsk dan Luhansk, dan mengepung mereka di beberapa tempat, termasuk di kawasan lebih luas di lokasi nahas MH17.

Pegawai berkata, seramai 14 orang termasuk lima kanak-kanak terbunuh dalam pertempuran pada malam Isnin di bandar Gorlovka/Horlivka, di salah satu tempat yang menyaksikan pertempuran berlaku sejak beberapa hari lalu.

Seorang pegawai tempatan berkata, seramai lima orang awam terbunuh ketika serangan ke atas rumah persaraan di bandar Luhansk. 
MSTAR
Loading...

Related

Terkini mh17 5333234363920105277

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item