satusabah

BERITA TERKINI : Pesawat AH5017 Air Algerie Bawa 110 Penumpang Disahkan Terhempas

KAPAL TERBANG TERHEMPAS : TERBARU  Pesawat AH5017 Air Algerie Bawa 110 Penumpang Disahkan Terhempas ALGIERS: PESAWAT Air Algerie yang ...

KAPAL TERBANG TERHEMPAS : TERBARU Pesawat AH5017 Air Algerie Bawa 110 Penumpang Disahkan Terhempas

ALGIERS: PESAWAT Air Algerie yang membawa 110 penumpang yang hilang dalam penerbangan dari Burkina Faso ke Algiers terhempas pada Khamis, kata pegawai syarikat penerbangan Algeria.

"Saya boleh mengesahkan ia terhempas," kata pegawai itu kepada Reuters.

Terdahulu, syarikat penerbangan itu yang dipetik oleh agensi berita negara itu, APS berkata, perkhidmatan navigasi udara telah terputus hubungan dengan pesawat Air Algerie selepas 50 minit berlepas ke Algiers.

Seorang pegawai syarikat penerbangan itu berkata, separuh daripada jumlah penumpang merupakan warga Perancis.

Seorang wakil Air Algerie di Burkina Faso, Kara Terki pada sidang media berkata, kesemua penumpang yang menaiki pesawat itu dalam penerbangan transit sama ada ke Eropah, Timur Tengah atau Kanada.

Beliau berkata, senarai penumpang termasuk 50 warga Perancis, Burkinabe (24), Lebanon (8), Algeria (4), Luxembourg (2), Belgium (1), Nigeria (1), Ukraine (1) dan Romania (1).  BHARIAN
Loading...

Related

Terkini Air Algerie 8032403407294132320

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item