satusabah

Berita Terkini : Sukan Komanwel Glasgow, Skuad Badminton Menang Emas Berpasukan Campuran

Sukan Komanwel: Badminton negara menang pingat emas acara berpasukan campuran di Glasgow, Scotland TAHNIAH: Skuad badminton negara ber...

Sukan Komanwel: Badminton negara menang pingat emas acara berpasukan campuran di Glasgow, Scotland

TAHNIAH: Skuad badminton negara berjaya mempertahankan gelaran apabila memenangi pingat emas acara berpasukan campuran selepas menewaskan England 3-1 dalam final, pagi ini. 

Mata kemenangan pasukan di Arena Emirates itu disumbang oleh pemain perseorangan wanita, Tee Jing Yi yang menumpaskan Sarah Walker 21-16,21-17. 

Sebaik dia mengutip mata kemenangan jaguh negara itu kelihatan menangis tanda gembira selepas dipeluk rakan senegara lain. Ini adalah emas ketiga berturut-turut untuk skuad badminton Malaysia dalam aksi Sukan Komanwel sejak 2006. 

Kejayaan itu juga membantu kontinjen negara mengutip emas ketiga secara keseluruhan setakat ini dan empat lagi untuk menepati sasaran. 

Terdahulu, ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengutip emas kedua negara selepas menewaskan Laura Massaro dari England 3-0 dalam final perseorangan wanita. 

Jumlah kutipan pingat kontinjen setakat ini adalah 3 emas, 5 perak dan 4 gangsa. Berita Harian
Loading...

Related

Sukan Komanwel 1938680407720455663

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item