satusabah

Dunia : Perompak dirakam menangis apabila rancangan rompak gagal

Pencuri ini dirakam melalui CCTV Georgia : Seorang perompak menangis apabila rancangannya merompak sebuah hotel tidak berjaya. Rak...

Pencuri ini dirakam melalui CCTV
Georgia : Seorang perompak menangis apabila rancangannya merompak sebuah hotel tidak berjaya.

Rakaman video menunjukkan perompak itu, selepas mencuri sejumlah kecil wang, meninggalkan hotel Days Inn dengan menutup mukanya. 

Portal Yahoo News melaporkan kerani hotel itu membenarkan dia mengambil wang di kaunter.

Kerani itu berkata, perompak terbabit kecewa lalu menangis selepas diberitahu dia tidak mempunyai akses kepada peti simpanan dan di situ terdapat kamera litar tertutup. 

“Suspek yang bersenjatakan pistol meninggalkan hotel itu dengan menangis sambil menutup mukanya,” kata polis.

Ini bukan kejadian pertama perompak merasa kecewa kerana gagal mendapat apa yang diinginkan.

Januari lalu, seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank, berusaha sedaya-upaya menarik pintu sedangkan di situ tertera perkataan ‘tolak.’
The RakyatPost
Loading...

Related

dunia 2183923124058847912

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item