satusabah

Info Semasa : Majun Burung Unta Dikesan mengandungi dexamethasone

Info Semasa : Majun Burung Unta Dikesan mengandungi dexamethasone PUTRAJAYA, (11 Julai) — Orang ramai dinasihatkan tidak membeli ata...

Info Semasa : Majun Burung Unta Dikesan mengandungi dexamethasone

PUTRAJAYA, (11 Julai) — Orang ramai dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan ubat tradisional melayu ‘Majun Burung Unta’ yang tidak berdaftar kerana didapati mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.

Label pada produk itu menyatakan ia boleh digunakan untuk lemah tenaga batin, sakit urat saraf, sakit pinggang, sakit sendi lutut, sakit jantung, penyakit semput, kelabu mata, sakit kepala, perempuan lepas bersalin, penyakit luhur, segugut dan awet muda.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius.

“Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisonal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma (penyakit mata).

Beliau berkata penggunaannya lebih berbahaya kepada pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi serius.

Justeru, orang ramai sedang menggunakan produk itu adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan profesional kesihatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai produk itu dinasihatkan menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-78413200 atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my.

Mereka yang ingin menyemak status pendaftaran sesuatu produk juga boleh menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835400 atau laman sesawang www.bpfk.gov.my.
– BERNAMA
Loading...

Related

kesihatan 3882560745419658549

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item