satusabah

KEMASKINI 29.07.2014 : Sebanyak 25 Buah Rumah Setinggan Terlibat dalam Kebakaran di Kampung Gentisan, Sepanggar

3 Keping Gambar Kebakaran di Kampung Gentisan, Sepanggar Kira-kira 200 orang hilang tempat tinggal apabila lebih kurang 25 buah rumah ...

3 Keping Gambar Kebakaran di Kampung Gentisan, Sepanggar

Kira-kira 200 orang hilang tempat tinggal apabila lebih kurang 25 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Gentisan, Sepanggar, dekat sini, hari ini. 

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, pihaknya mengambil masa hampir 45 minit untuk mengawal kebakaran selepas tiba di tempat kejadian pada pukul 2.52 petang. 

Menurut kenyataan itu, Balai Bomba dan Penyelamat Lintas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.37 petang sebelum sampai ke lokasi kejadian 15 minit kemudian. 

Jabatan itu berkata operasi memadam kebakaran itu turut dibantu oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dan pasukan bomba dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar. 

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kejadian disiasat. BERNAMA 



Sumber Gambar : Dayangku Salwani
Loading...

Related

Rumah Setinggan 4053814839776388468

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item