satusabah

Kemaskini Cuaca : Taufan Neoguri, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora di Sebelah Kudat

TAUFAN NEOGURI :  AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA  KEMASKINI: Taufan Neoguri dikesan pada Latitud 25.0 U dan Longitud 12...

TAUFAN NEOGURI :  AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA 


KEMASKINI:
Taufan Neoguri dikesan pada Latitud 25.0 U dan Longitud 126.1 T, pada jam 08.00 pagi, 8 Julai 2014, kira-kira 2243 km ke Timur Laut Kudat, Sabah dan bergerak ke arah Utara dengan anggaran kelajuan 20 km/j.

Sehubungan dengan itu:

SEKSYEN A: AMARAN UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri), Sabah (Kudat, Pantai Barat & Pedalaman) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Julai 2014.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH - Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Pantai Barat & Kudat) dijangka berterusan sehingga awal petang, Selasa, 8 Julai 2014.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) - Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 2:12 pagi, 03/07/2014
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket, Condore, Layang-layang, Reef North dan Palawan dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Julai 2014.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Taufan Neoguri, Sabah, djkupang
Print Screen dari Website Jabatan Meteorologi Malaysia
SUMBER : Jabatan Meteorologi Malaysia
Loading...

Related

Malaysia 1380463422274772035

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item