satusabah

KES Kereta Terbakar : Polis Masih Kesan Identiti Mangsa Rentung

KOTA KINABALU: Identiti individu yang dipercayai lelaki rentung selepas Perodua Myvi dipandu terbakar di Jalan Tuaran Lama, berhampiran Ta...

KOTA KINABALU: Identiti individu yang dipercayai lelaki rentung selepas Perodua Myvi dipandu terbakar di Jalan Tuaran Lama, berhampiran Taman Kwan Loke di sini malam Selasa lepas, masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, usaha mengenal pasti individu itu masih giat dijalankan termasuk mengesan nombor casis enjin kenderaan digunakan oleh mangsa ketika kejadian.

“Kita masih melakukan siasatan menyeluruh bagaimana insiden berkenaan boleh terjadi dan usaha-usaha mengesan identiti mangsa juga kini dilakukan termasuk mencari nombor casis enjin kenderaan itu.

“Namun, kita mengalu-alukan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, saudara atau kenalan supaya menghubungi unit trafik IPD Kota Kinabalu di talian 088-310273 bagi membantu siasatan,” katanya di sini kelmarin.

Terdahulu, dalam kejadian jam 9.20 malam itu, difahamkan mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu dari arah Likas sebelum Myvi dipandunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di lokasi insiden berkenaan.

Kenderaan terbabit kemudiannya mengalami kerosakan teruk sehingga terbakar dan mangsa juga dipercayai gagal menyelamatkan diri akibat tersepit.

Jauteh sementara itu turut berkata, siasatan awal polis mendapati insiden berkenaan tidak mempunyai sebarang unsur jenayah namun tindakan lanjut masih giat dijalankan. -UTUSAN BORNEO
Loading...

Related

Kota Kinabalu 274433500821353735

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item