satusabah

Kes Pembunuhan di Kampung Kayu Madang KKIP, Sepanggar

Kes Pembunuhan di Kampung Kayu Madang KKIP, Sepanggar Kota Kinabalu - Polis mengkasifikasikan mayat lelaki yang ditemui  cedera di k...

Kes Pembunuhan di Kampung Kayu Madang KKIP, Sepanggar

Kota Kinabalu - Polis mengkasifikasikan mayat lelaki yang ditemui  cedera di kepala kira-kira 50 meter di dalam jurang di kaki bukit Kampung kayu Madang,  Taman Perindustrian  (KKIP) Sepanggar di sini sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kk Asisten  Komisioner Jauteh Dikun berkata, pihaknya percaya mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum dicampak ke dalam jurang terbabit.

Menurutnya siasatan awal mendapati terdapat 3 kesan tikaman di bahagian belakang mangsa.

"Kesan luka tikaman di belakang kepala mangsa dan retakan di tengkoraknya dipercayai berpunca dari benda tumpul.

"Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum diketahui memandangkan tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya selain tiada laporan orang hilang dibuat, "katanya ketika dihubungi kelmarin.

Beliau turut menjelaskan mangsa berumur sekitar 30an, sedikit tembam, berketinggian kira-kira 160cm dan mengalami kecacatan pada jari kelingking kiri.

Sehubungan itu pihaknya, menggesa sesiapa yang mengenali mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.

Kes terbabit disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung pada 2 Julai lepas. Pada awalnya polis percaya mangsa terjatuh ke dalam jurang berkenaan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Sumber Borneo Post
Loading...

Related

semasa Sabah 1569748088981869376

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item