satusabah

KIsah Tragis : Polis Tahan bapa Disyaki Bunuh Anak

Alor Gajah – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai membunuh anaknya menggunakan sebatang kayu, awal pagi tadi. Suspek...

Alor Gajah – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai membunuh anaknya menggunakan sebatang kayu, awal pagi tadi.

Suspek yang berusia 52 tahun ditahan kira-kira jam 2.30 pagi di sebuah rumah sewa di Jalan Melekek, Kampung Padang di sini.
Siasatan awal mendapati, suspek mengaku terbabit dalam kes berkenaan.

Suspek sebelum ini dipercayai melarikan diri selepas memukul anak sulung daripada 10 beradik itu kerana bertanyakan mahu bekerja untuk membantu keluarga, sebelum disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik.

Dalam kejadian jam 5 petang Sabtu lalu, mangsa Muhamad Hafiz Abdul Ghani, 17, menyatakan hasrat mahu bekerja untuk membantu keluarga, sebaliknya remaja itu maut dipukul bertubi-tubi oleh bapanya dengan sebatang kayu di Kampung Jawa di sini.

Mangsa dipercayai meninggal dunia antara jam 9 malam hingga 4 pagi semalam akibat dipukul dengan objek keras. - BH Online
Loading...

Related

kejam 2262138845041517025

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item