satusabah

Kotak Hitam MH17 : Pemimpin Puak Pemisah mendakwa mereka menemui Kotak Hitam

Insiden MH17 : Kotak Hitam Ditemui  DONETSK, Ukraine: Puak pemisah Pro-Rusia di timur Ukraine menemui objek yang didakwa kotak hitam...

Insiden MH17 : Kotak Hitam Ditemui 


DONETSK, Ukraine: Puak pemisah Pro-Rusia di timur Ukraine menemui objek yang didakwa kotak hitam milik pesawat Malaysian Airline MH17 yang terhempas dan kumpulan tersebut bersedia untuk menyerahkannya kepada pasukan penyiasat antarabangsa. 

"Serpihan daripada pesawat yang dilihat seperti kotak hitam ditemui di tapak nahas," kata Alexander Borodai, yang mendakwa dirinya sebagai perdana menteri Republik Donestk sambil menambah mereka akan memberikan barangan berkenaan kepada pakar antarabangsa yang dilantik sebaik sahaja mereka tiba. 

Borodai berkata mayat yang dialihkan daripada tapak nahas akan disimpan di dalam peti sejuk dalam gerabak kereta api yang terletak berhampiran dengan tempat kejadian sehinggalah pasukan yang terdiri daripada pakar tiba. 

"Kami tidak boleh menunggu lebih lama, kerana cuaca panas dan terlalu banyak anjing dan binatang buas di kawasan tersebut," katanya. Mstar Online
Loading...

Related

tragedi mh17 8467204480870202658

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item