satusabah

KOTAK HITAM Pesawat MH17 Dihantar Ke Moscow Untuk Siasatan

Pihak pemisah pro-Rusia mencari kotak hitam (black box)  Kotak hitam tersebut langsung dibawa ke Moscow untuk disiasat, radio Rusia Kommer...

Pihak pemisah pro-Rusia mencari kotak hitam (black box) Kotak hitam tersebut langsung dibawa ke Moscow untuk disiasat, radio Rusia Kommersant FM melaporkan.


Siapa yang menembak pesawat Malaysia yang terbang begitu tinggi di langit Ukraine? Jawapan pastinya belum diketahui. Namun, semua pihak bersetuju pesawat ditembak oleh peluru berpandu anti-pesawat BUK yang juga dikenali dengan nama SA-17 Grizzly dalam istilah NATO. 

"Ketiga pihak, iaitu Rusia, pemisah pro-Rusia, dan Ukraine mempunyai sistem BUK," ujar ahli tentera yang berpusat di Moscow, Alexander Golts mengatakan kepada The Daily Beast dalam sebuah wawancara, Jumat (18/7). 

Golts juga mencatatkan bahawa menurut Interfax, pemberontak pro-Rusia baru-baru ini mengambil alih pengkalan tentera 24-02 di Donetsk. Pengkalan tentera itu mempunyai sistem peluru berpandu BUK. Jika mereka melihat pesawat di radar, mereka boleh sangat tepat menembak. 

Tentera Ukraine, ujar Golts, boleh saja menembak pesawat tersebut kerana berfikir perisikan Rusia terbang di wilayah mereka. Pemberontak pro-Rusia boleh saja menjatuhkan pesawat, seperti yang beberapa kali mereka lakukan sebelum ini, termasuk menembak pesawat kargo Ukraine sejauh 6,000 meter dari atas tanah.
Loading...

Related

tragedi mh17 1713576468982543491

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item