satusabah

Labuan : Polis Berjaya Tumpaskan Sindiket Dadah

Polis Berjaya Tumpaskan Sindiket Dadah  Labuan - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang bergiat aktif di...

Polis Berjaya Tumpaskan Sindiket Dadah 

Labuan - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang bergiat aktif di pulau bebas cukai di sini selepas memberkas dua anggota kanan sindiket itu hasil serbuan sebuah rumah di Kampung Bebuloh Laut, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan Supritendan Adzhar Othman berkata hasil serbuan dan tangkapan dua anggota sindiket kumpulan Takim yang berusia lingkungan 30-an, polis merampas dadah dipercayai jenis syabu seberat 51.32 gram bernilai RM18,000. 

Katanya dadah itu ditemui di dalam satu bekas aluminium berwarna biru tidak bertutup yang mengandungi 28 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan kristal dipercayai syabu.

"Sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menyerbu masuk ke dalam rumah itu dan mendapati kedua-dua suspek sedang memasukkan dadah jenis syabu ke dalam plastik lutsinar," katanya di sini hari ini.

Katanya seorang daripada suspek disyaki perancang utama sindiket itu dan berasal dari Putatan, Sabah manakala seorang lagi merupakan anggota kanan kumpulan itu dan berasal dari Kampung Kilan, di sini. 

"Pada April lepas, seorang anggota kumpulan ini telah ditangkap dan penangkapan kedua ini membawa kepada penahanan ketua kumpulan Takim yang turut mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah," jelas beliau.

Sementara itu, Adzhar berkata statistik rampasan dadah jenis syabu di Labuan meningkat 500 peratus dengan 206.12 gram rampasan dari Januari hingga Jun tahun ini berbanding 59.89 gram bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Loading...

Related

Pulau Labuan 1926516042229652818

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item