satusabah

Lagi Cubaan Seludup Petrol Dipatahkan

SELUDUP MINYAK PETROL, TIGA INDIVIDU DITAHAN Semporna, 9 Julai – Pemantauan berterusan terhadap aktiviti penyeludupan minyak petrol...


SELUDUP MINYAK PETROL, TIGA INDIVIDU DITAHAN

Semporna, 9 Julai – Pemantauan berterusan terhadap aktiviti penyeludupan minyak petrol terus dipergiat pihak berkuasa apabila tertangkapnya tiga lelaki yang cuba menyeludup keluar barangan terkawal itu melalui perairan negara awal pagi tadi.

Dalam operasi Paradise yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 kira-kira pukul 4.50 pagi tadi di Kampung Labuan Haji, Semporna telah melakukan pemeriksaan terhadap sebuah perahu yang dinaiki suspek.

Menurut Komandernya ACP Mohamad Madun hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai 310 jeriken (tong kecil) yang disyaki mengandungi minyak petrol isipadu lebih kurang 7750 liter yang dianggarkan bernilai RM28,597.50.

“Suspek dan barangan yang dirampas termasuk perahu dan enjin dibawa balik ke Markas PPM Semporna untuk diserahkan kepada Kastam bagi menjalankan siasatan dibawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu mengangkut dan memindahkan barangan berduti tanpa dokumen yang sah,” katanya.

“PPM Wilayah 4 akan sentiasa memantau dan mengawal aktiviti tidak bermoral di mana ia dilihat satu tindakan yang merugikan negara malah memastikan hak-hak rakyat terpelihara dengan adanya tindakan proaktif yang dijalankan," jelas beliau lagi.
Loading...

Related

semporna 5857648861438383632

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item