satusabah

MH17 Terkini : Kapal Terbang Malaysia disahkan Ditembak oleh Peluru Berpandu

Pakar Percaya kapal terbang ditembak peluru berpandu LONDON 22 Julai - Pakar ketenteraan mengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airlines, ...

Pakar Percaya kapal terbang ditembak peluru berpandu
LONDON 22 Julai - Pakar ketenteraan mengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airlines, MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu selepas mengkaji imej serpihan pesawat tersebut.

Akhbar Financial Times memetik analisis pertahanan melaporkan, pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengesahkan bahawa pesawat tersebut ditembak jatuh oleh peluru berpandu.

Pengesahan itu dibuat berdasarkan imej serpihan pesawat yang terbakar dan dipenuhi dengan lubang-lubang kecil berserta lubang besar di bahagian tengah.

Dua penganalisis pertahanan dan seorang bekas juruterbang tentera turut bersetuju imej serpihan tersebut yang dipercayai dari bahagian kiri pesawat berkenaan menunjukkan peluru berpandu dilepaskan ke arah kiri dan juga di bahagian depan.

Mereka mendakwa imej lubang besar tersebut disebabkan oleh letupan dari dalam pesawat ketika ia terbang pada ketinggian 10,000 meter di udara.

Penganalisis dari Institut Pengajian Antarabangsa London, Doughlas Barrie berkata, kerosakan pada pesawat tersebut jelas menunjukkan kesan 'letupan peledak berkuasa tinggi'.

"Kesan itu boleh diperoleh daripada penggunaan senjata yang dilancarkan menerusi pelancar peluru berpandu seperti yang dikesan memasuki Ukraine beberapa jam sebelum nahas berlaku," katanya.

Seorang lagi penganalisis, Justin Bronk dari Institut Perkhidmatan Kesatuan Diraja turut menyatakan bahawa MH17 ditembak oleh peluru berpandu darat ke udara (SAM) yang dilepaskan daripada pelancar BUK.

"Kesan lubang yang terdapat pada serpihan MH17 konsisten dengan kesan tembakan SAM. Bagaimanapun, sukar untuk meneliti dan mengenal pasti kesemua paten letupan berdasarkan serpihan yang kecil," ujarnya.

Seorang pesara juruterbang tentera yang enggan dikenali menjelaskan bahawa kerosakan pada MH17 sama seperti kerosakan akibat diserang roket.

Peluru berpandu antipesawat direka untuk meletup berhampiran pesawat, menyebabkan pembentukan serpihan panas yang banyak sekali gus memusnahkan badan pesawat. - AGENSI

Loading...

Related

tragedi mh17 7817076498235309395

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item