satusabah

Nahas Pesawat Taiwan : TransAsia Airways merempuh sebuah bangunan mengakibatkan 51 orang terkorban

24 Julai 2014 : TERKINI Nahas Pesawat Taiwan GE 222  Seramai 51 orang terkorban selepas sebuah pesawat komesial Taiwanese Airline, Tra...

24 Julai 2014 : TERKINI Nahas Pesawat Taiwan GE 222 

Seramai 51 orang terkorban selepas sebuah pesawat komesial Taiwanese Airline, TransAsia Airways merempuh sebuah bangunan kediaman ketika sedang melakukan pendaratan kecemasan di Pulau Pengu, di sini.

Agensi berita CNA melaporkan, nahas itu berlaku di luar kawasan lapangan terbang Magong pada kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).

Pesawat GE 222 itu dalam penerbangan dari lapangan terbanga Kaohsiung ke pulau Magong pada kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan (5 petang waktu Malaysia) dan dijadual mendarat di pulau Magong 35 minit kemudian.

Menurut laporan CNN, ketika kejadian taufan berlaku di sekitar pulau berkenaan dan jarak penglihatan yang buruk menyebabkan pesawat mengalami kesukaran untuk mendarat.

"Sebanyak 51 orang dikhuatiri terbunuh dan tujuh lagi cedera," kata pegawai Pentadbiran Penerbangan Awam Taiwan, Shen Chi kepada pemberita,

Pesawat Taiwanese Airline berkenaan dilaporkan membawa 55 orang penumpang dan empat orang anak kapal. - AGENSI/AFP
Loading...

Related

Pesawat Taiwan Terhempas 8136404837704809109

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item