satusabah

PALSU : Kononnya Berlaku Rompakan Bersenjata Di Kingfisher, Kota Kinabalu

PALSU : Kononnya Berlaku Rompakan Bersenjata Di Kingfisher, Kota Kinabalu Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang kesahihan khabar ang...

PALSU : Kononnya Berlaku Rompakan Bersenjata Di Kingfisher, Kota Kinabalu

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang kesahihan khabar angin kononnya berlaku rompakan bersenjata  di Kingfisher, Kota Kinabalu pada hari ini 10 Julai 2014 yang disebarkan melalui laman sosial Facebook dan Twitter sehingga mengundang pelbagai andaian dan persoalan mengenai keselamatan orang awam di Sabah.

Sekeping gambar yang dimuatnaik di laman sosial iaitu selaras "machine gun" kemudian menyatakan bahawa berlaku satu rompakan dan rampasan senjata berlaku. Menurut "SUMBER" dari DJK KREW kejadian tersebut adalah TIDAK BENAR.

Menurut "SUMBER" kejadian sebenar adalah ketika pihak polis melakukan sekatan jalanaraya di sekitar kawasan Kingfisher, seorang anggota polis yang menggunakan "machine gun" telah meletak senjata tersebut ketika sedang bertelefon. Kemudian seseorang telah mengambil gambar kemudian menyebarkan kononnya berlaku rompakan dan rampasan senjata.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Jauteh Dikun ketika dihubungi "sumber" memberitahu kejadian tersebut adalah TIDAK BENAR. -djkupang.com

Gambar Asal yang dikongsi di Facebook untuk mendapatkan INFO.
Gambar di atas selepas krew djk membuat perbandingan gambar tersebut
Oleh : djkupang


Loading...

Related

Kota Kinabalu 4068580646148801006

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item