satusabah

Pengunjung Gempar Apabila Sebuah Restoran Terbakar di Donggongon

PENAMPANG: Pengunjung di pusat komersil Donggongon gempar seketika selepas sebuah restoran di salah sebuah blok bangunan di situ terbaka...

PENAMPANG: Pengunjung di pusat komersil Donggongon gempar seketika selepas sebuah restoran di salah sebuah blok bangunan di situ terbakar dalam kejadian pagi kelmarin.
Insiden sekitar jam 8.40 pagi itu difahamkan berpunca daripada bahagian dapur sebelum merebak ke ruang hadapan kedai berkenaan.
Bagaimanapun, api kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan alat pemadam api.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penampang Jamaludin Hussin ketika dihubungi kelmarin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 9.19 pagi.
“Dua jentera dengan kekuatan enam anggota digegaskan ke lokasi kejadian.
“Namun api berjaya dipadamkan oleh orang awam sejurus ketibaan bomba di situ dan kita hanya menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan itu,” katanya.
Tiada kemalangan jiwa difahamkan berlaku dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. UTUSAN BORNEO
Loading...

Related

terkini 2093069488879393047

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item