satusabah

Perkembangan Perintah Berkurung Sabah : Maklumat Akan Didedah

TERKINI SABAH :  Maklumat Perintah Berkurung Sabah Didedah 3 Ogos -Satusabah.com Perintah Berkurung Sabah : Butiran mengenai pelanju...

TERKINI SABAH : Maklumat Perintah Berkurung Sabah Didedah 3 Ogos -Satusabah.com

Perintah Berkurung sabah

Perintah Berkurung Sabah : Butiran mengenai pelanjutan perintah berkurung dari waktu senja ke subuh di pantai timur Sabah akan didedahkan dalam masa beberapa hari.

Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, Pengarah Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abdul Rashid Harun akan mendedahkan butiran mengenai lanjutan perintah itu pada 3 Ogos ini.

"Beliau (Abdul Rashid) yang akan bertanggungjawab memaklumkan butiran mengenai lanjutan perintah berkurung itu," kata Jalaluddin.

Pada 25 Julai lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa perintah berkurung, yang berkuat kuasa pada 19 Julai, akan dilanjutkan untuk memastikan keselamatan penduduk dan menghalang kemungkinan berlakunya pencerobohan.

Perintah berkurung yang dikuat-kuasakan sebelum ini bakal berakhir pada 2 Ogos.

Arahan itu meliputi enam daerah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau.
Mstar Online
Loading...

Related

Perintah Berkurung 2845796301634683300

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item