satusabah

Perkembangan Terkini Tragedi MH17 : Mayat Mangsa Mh17 Terbiar

Perkembangan Terkini Tragedi MH17 : Mayat Mangsa Mh17 Terbiar KIEV – Mayat-mayat di tapak nahas sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (M...

Perkembangan Terkini Tragedi MH17 : Mayat Mangsa Mh17 Terbiar

KIEV – Mayat-mayat di tapak nahas sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Grabovo, timur Ukraine pada Khamis lalu dibiarkan mereput semalam.

Usaha-usaha untuk mengalihkan mayat mangsa di lokasi kejadian yang dilakukan para pekerja Kementerian Kecemasan Ukraine berjalan dengan perlahan.

Setakat ini, sebanyak 196 mayat telah diletakkan di dalam beg plastik dan dikumpulkan di tepi sebatang jalan raya selepas pesawat itu dipercayai ditembak dengan peluru berpandu yang dilancarkan dari pelancar Buk pada Khamis lalu.

Seorang wartawan agensi berita AFP melaporkan, 196 mayat itu telah dipindahkan menaiki kereta api yang dilengkapi peti sejuk menuju ke bandar Donetsk. -kosmo

Loading...

Related

tragedi mh17 2017862845496189699

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item