satusabah

Pesawat United Airlines Terpaksa mendarat kecemasan

CHICAGO 1 Julai - Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), United Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas sel...

CHICAGO 1 Julai - Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), United Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas gelongsor kecemasan mengembang secara tiba-tiba ketika pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Chicago ke California Selatan, semalam.

Jurucakap syarikat terbabit, Christen David berkata, gelongsor itu dipercayai mengembang secara tidak sengaja, tetapi kesemua 96 penumpang yang menaiki pesawat berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, punca kejadian masih lagi disiasat dan pihak syarikat telah menyediakan hotel kepada semua penumpang untuk bermalam selama sehari sebelum diberi tiket meneruskan perjalanan ke California.

Seorang penumpang yang menceritakan detik cemas itu, Mike Schroeder, 28, berkata, dia pada mulanya terdengar bunyi desiran angin dan bunyi pop sebelum menyedari gelongsor udara pesawat terbabit mula mengembang di dalam pesawat, sekali gus memenuhi ruang kabin.

``Juruterbang kemudiannya mengumumkan pesawat itu perlu mendarat di lapangan terbang terdekat iaitu di Wichita bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

``Semua penumpang turut menerima pampasan sebanyak AS$300 (RM962) atas insiden berkenaan,'' katanya. - AP
Loading...

Related

kapal terbang 8284071602822581814

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item