satusabah

Piala Dunia 2014 : Robben terselamat, FIFA tidak kenakan tindakan

RIO DE JANEIRO: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini mengesahkan bintang Belanda, Arjen Robben tidak berdepan tindakan di...

RIO DE JANEIRO: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini mengesahkan bintang Belanda, Arjen Robben tidak berdepan tindakan disiplin selepas dia mengaku ‘sengaja menjatuhkan diri’ ketika perlawanan pusingan 16 terakhir bertemu Mexico, awal pagi semalam. 

Robben, berjaya menyumbang penalti pada masa kecederaan untuk membantu Belanda menang 2-1 ke atas Mexico, biarpun terlepas beberapa peluang sama pada awal permainan. 

Bagaimanapun Ketua Media FIFA, Delia Fischer tidak menolak kemungkinan jawatankuasa tatatertib badan itu untuk memikirkan semula sebarang bentuk tindakan apabila ditanya mengenai komen Robben itu.

“Kesilapan itu bukan sesuatu yang kita mahu lihat di padang tetapi pengadil dilatih untuk mengenal pasti kesilapan dilakukan pemain dan menghukum mereka dengan kad kuning. 

“Jawatankuasa disiplin akan tetap melihat perkara ini dengan serius. Kami merayu kepada pemain supaya menunjukkan semangat permainan yang adil,” katanya pada sidang media. 

Kapten Mexico, Rafael Marquez semalam berkata bahawa Arjen Robben mengakui kepadanya Belanda tidak seharusnya diberikan sepakan penalti pada perlawanan pusingan kedua membabitkan kedua-dua pasukan itu. 

Jurucakap Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) pula memaklumkan pada Isnin bahawa kenyataan Robben itu sudah disalah tafsir. 

“Media memberi tafsiran salah terhadap kenyataan Robben selepas tamat perlawanan itu,” katanya. - Agensi
Loading...

Related

World Cup 2014 1970377193082830402

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item