satusabah

Punca Kebakaran di Kampung Pondo Pulau Gaya, Sabah

Gambar Kampung Pondo, Pulau Gaya KOTA KINABALU, 3 Julai (Bernama) - Letupan tong gas memasak dipercayai punca kebakaran yang berlaku d...

Gambar Kampung Pondo, Pulau Gaya
KOTA KINABALU, 3 Julai (Bernama) - Letupan tong gas memasak dipercayai punca kebakaran yang berlaku di sebuah perkampungan atas air di Pulau Gaya dekat sini tengah hari Khamis.

Pengerusi Komuniti 1Malaysia Pulau Gaya Kansi Abdullah, yang berada di rumahnya ketika kejadian, berkata beliau terdengar lima bunyi letupan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K. Ramin berkata 20 hingga 30 rumah membabitkan kawasan seluas seekar di Kampung Pondo, Pulau Gaya musnah dalam kebakaran berkenaan.

"Panggilan kecemasan diterima pada pukul 12.48 tengah hari dan sepasukan bomba dan penyelamat bergegas ke tempat kejadian seminit kemudian.

"Pasukan bomba dan penyelamat menaiki bot polis marin dan tiba di tempat kejadian pada pukul 1.24 tengah hari," katanya.

Beliau berkata api berjaya dipadam sepenuhnya pada 2.05 petang dan tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.
Loading...

Related

Pulau Gaya 5781519247156114974

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item