satusabah

Ratusan ikan pari serah diri sebagai makanan penduduk Gaza?

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Begitu besar kuasa Allah SWT hinggakan perkara yang sukar mampu dijadikan oleh-NYA mudah dalam ha...

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Begitu besar kuasa Allah SWT hinggakan perkara yang sukar mampu dijadikan oleh-NYA mudah dalam hanya sekelip mata.

Apa lagi bukti yang diperlukan oleh manusia untuk terus tunduk dengan kekuasaan Allah? Adakah mereka-mereka yang kufur ini menginginkan bala dari Allah baru nak bertaubat?

Misteri ratusan ikan pari serah diri di pantai Gaza
dramadunia.my

Terkini, sekali lagi Allah menunjukkan kekuasaan-NYA bagi membantu orang-orang yang berjuang menentang musuh-NYA iaitu Yahudi.

Menurut foto yang dapat kita lihat di atas, beratus-ratus ekor ikan pari jenis mobula secara misterinya telah terdampar di perairan Gaza.


Ikan pari jenis mobula ini merupakan antara spesis yang sering dicari-cari oleh para nelayan tempatan. Selain mendapat permintaan yang tinggi di pasaran, ikan pari jenis ini juga cukup enak untuk dimakan.

Biasanya warga Gaza mendapatkan ikan jenis ini dari Mesir yang dihantar melalui terowong bawah tanah.

Namun, sekarang umpama mimpi jadi kenyataan apabila ikan yang dikatakan mahal itu "serah diri" dengan banyaknya di pantai perairan Gaza.

Menurut Nelayan tempatan, ini bukan pertama kalinya ikan ikan ini terdampar kerana sebelum ini sudah sebanyak 220 ekor ikan terdampar dan dia sangat yakin esok akan ada lebih banyak lagi ikan yang terdampar

"Hari ini Allah menyediakan semua ini untuk kami". katanya.


Pendapat Ahli.

Adalah Bob Rubin, salah seorang pakar ikan pari yang terkenal dari Universiti Santa Rosa di California, cuba menguak misteri ini, namun tetap saja sampai saat ini belum dapat diselesaikan.

Ini adalah hal yang aneh dan saya tidak pernah mencari hal seperti ini sebelumnya. 

Saya telah bekerja di Teluk California bertahun-tahun di mana banyak sekali terdapat sekumpulan mobula, tapi saya belum pernah melihat mereka terdampar massa seperti ini, "kata dia.

Dia menambah, tanpa melihat keadaan ikan dan faktor lain seperti isi perut dan keadaan insang mereka, ia tidak boleh menentukan apa yang menyebabkan ikan-ikan itu terdampar.

Dugaan sementara, ia menyebutkan, suara bawah air atau isyarat elektrik mungkin telah menyebabkan kekeliruan bagi ikan-ikan itu. 

"Tapi itu hanya tekaan saya," kata Rubin.

Keadaan Ikan yang terdampar ini mempunyai calar luka dibeberapa bahagian tubuhnya, kebanyakan bahagian sirip.

Apapun penyebab terdamparnya ikan pari jenis mobula ini, yang pasti hal ini adalah suatu berkat yang luar biasa bagi warga Gaza Palestin yang tengah ditimpa konflik berpanjangan dengan negara Israel.




Manakala itu Wanita-wanita di Palestin dihalang untuk memasuki Masjid Al-Aqsa. Mereka mengambil peluang ini membaca Al-Quran di luar pintu masuk masjid.

Remaja Israel bangga caci penduduk Palestin

SHAH ALAM - Rentetan kekejaman yang dilakukan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin, banyak pihak tampil mengecam perlakuan Israel yang menzalimi penduduk di Gaza.

Namun di sebalik kecaman itu, remaja Israel dengan bangga menyokong pembunuhan yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas penduduk Gaza.

Berdasarkan tinjauan penulis di portal berita Mondoweiss, David Sheen pada Khamis lalu menerusi laman sosial Twitter, ada segelintir anak muda Israel khususnya remaja perempuan memuat naik gambar ‘selfie’ mereka bersama hashtag #ZionStandUp dan jelas mengutuk rakyat Palestin yang ditindas.

Tidak cukup dengan penghinaan yang dilemparkan, remaja tersebut turut melaungkan sokongan terhadap Israel dalam memerangi Gaza serta mendesak bangsa Palestin dihapuskan dari muka bumi.

Salah seorang remaja yang menggunakan hashtag tersebut turut memuat naik sebuah post yang mengutuk Palestin dan mendesak supaya hukuman gantung dan mati dijatuhkan ke atas setiap penduduk Palestin.

Difahamkan, hashtag tersebut mula diwujudkan sejak peperangan ke atas Gaza diisytiharkan Israel.

Penyebaran hashtag tersebut yang meluas kini mula mendapat perhatian masyarakat dunia dan kini ada pihak yang menggunakan hashtag tersebut melahirkan rasa tidak puas hati dan mengecam keras perbuatan Israel ke atas rakyat Palestin.
Loading...

Related

Terkini dari Gaza 8444552006493844276

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item