satusabah

SABAH : Mayat bayi ditemui di tapak pelupusan sampah

TAWAU - Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah Bukit Gemuk, Jalan Bombalai di sini har...

TAWAU - Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah Bukit Gemuk, Jalan Bombalai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata mayat ditemui kira-kira jam 11.40 pagi oleh seorang pekerja di tapak pelupusan sampah berkenaan.

"Pekerja tersebut menemui mayat bayi yang tidak berpakaian dan masih mempunyai tali pusat dalam sebuah kotak ketika dia sedang mengorek sampah untuk mencari bahan-bahan yang masih boleh digunakan.

"Mayat bayi itu dipercayai baru diletakkan di lokasi itu berdasarkan keadaan mayat yang tidak mempunyi kesan kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat telah dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempuyai maklumat tentang kes itu agar menghubungi mereka. - Bernama
Loading...

Related

pembuangan anak 941986484115857914

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item