satusabah

SABAH : Tiga kawasan ‘panas’ diawasi APMM sepanjang Ramadan, Aidilfitri

TAWAU: Tiga kawasan ‘panas’ yang paling diawasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Aidilf...

TAWAU: Tiga kawasan ‘panas’ yang paling diawasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri adalah Langkawi, pelabuhan Johor dan Tawau.

Demikian menurut Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim, Datuk Mohd Amdan Kurish ketika ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Daerah Maritim Tawau di sebuah hotel terkemuka di daerah ini kelmarin.

Katanya, kawasan Langkawi lebih kepada pengawasan pengusaha feri yang didapati suka mengambil kesempatan membawa penumpang berlebihan ekoran pergerakan keluar masuk penduduk yang banyak dicatatkan.

Manakala di pelabuhan Johor dan Tawau pula katanya, faktor terletak berhampiran dengan kawasan persempadanan negara dan tempat laluan keluar masuk kapal dari negara jiran menjadi antara sebab ianya kawasan ‘panas’.

“Kita telah mulakan operasi sejak hari pertama lagi bulan puasa dengan meningkatkan pemeriksaan terhadap feri-feri dan kita sedar hakikat saban tahun apabila tiba musim perayaan peningkatan kes-kes juga banyak dicatatkan,’’ katanya.

Jelasnya, pemerhatian yang lebih pada musim perayaan akan dilakukan dengan meningkatkan lagi rondaan yang telah dijalankan dari hari pertama berpuasa dan akan diteruskan selepas Aidilfitri.

“Saya ingin menekankan bahawa kita akan melaksanakan pemeriksaan seketat-ketatnya, dan akan cuba periksa setiap feri yang keluar dari negara kita dan sesiapa yang melanggar undang-undang kita akan ambil tindakan.

“Kita teruskan operasi dan rondaan lebih sehingga Aidilfitri sebab kita menjangkakan mereka (pendatang tanpa izin, PATI) ini akan pulang kembali ke sini atau masuk ke Malaysia untuk bekerja secara haram,’’katanya lagi.

APMM katanya juga, menyedari beberapa percubaan untuk menyeludup orang keluar dari negara kita ke negara jiran menggunakan feri secara haram.

“Kita tahu taktik-taktik itu dan kita sedang mengawasi, minggu lepas kita dapat tangkap 93 orang yang cuba keluar dari Tawau dan kita tegas untuk perkara ini,’’ ujarnya.

Tambahnya, pihaknya juga mengambil perhatian terhadap kegiatan penyeludupan barang- barang subsidi dan keperluan harian seperti gula, minyak masak, gas dan sebagainya ketika musim perayaan ini.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Maritim ESSCOM, Laksamana Pertama Maritim M. Karunanithi dan Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Sabah dan Labuan, Kepten Wan Mohd Affandi Wan Ahmad.

Pada majlis itu juga seramai 35 kanak- kanak dari Maahad Tafiz Ashabi Syed, Bombalai yang menerima sumbangan.
Loading...

Related

Malaysia 8274338700628371439

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item