satusabah

Semasa : Kancil Tembung Lori, Jururawat Selamat

Kemalangan Melibatkan Kancil dan Lori KUCHING: Nasib ternyata menyebelahi seorang jururawat apabila terselamat daripada maut meskipun ...

Kemalangan Melibatkan Kancil dan Lori

KUCHING: Nasib ternyata menyebelahi seorang jururawat apabila terselamat daripada maut meskipun kenderaan dipandunya separuh terperosok di bawah lori muatan simen di Batu 5, Jalan Matang, semalam.

Dalam insiden sekitar jam 8 pagi itu, jururawat berkenaan dipercayai hilang kawalan ke atas Perodua Kancil dipandunya sebelum masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan lori tersebut.

Mangsa yang merupakan kakitangan pusat perubatan pakar itu mengalami kecederaan agak teruk apabila tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

Dia bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak.

Wanita berkenaan dikatakan menerima rawatan di Zon Merah HUS namun setakat berita ini ditulis keadaannya dilaporkan stabil.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki warganegara Indonesia cedera serius apabila motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lagi motosikal di Batu 11, Jalan Matang di sini.

Dalam insiden sekitar jam 8 malam Ahad itu, lelaki berkenaan bersama seorang lagi rakannya dikatakan keluar dari sebuah simpang apabila berlanggar dengan sebuah lagi motosikal.

Rakannya dan dua lagi lelaki yang menaiki motosikal berasingan itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Mangsa dimasukkan ke Zon Merah HUS untuk menerima rawatan.
-djkupang.com
Loading...

Related

Sarawak 6569121645833282762

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item