satusabah

Semasa : Pasangan muda suami isteri ditahan cuba curi 15 tin kari ayam

KUCHING: Sepasang suami isteri ditangkap selepas dikatakan cuba mencuri 15 tin kari ayam dan sebungkus ‘Mee Sedap’ di Kedai Rakyat 1Malays...

KUCHING: Sepasang suami isteri ditangkap selepas dikatakan cuba mencuri 15 tin kari ayam dan sebungkus ‘Mee Sedap’ di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Demak Laut di sini, kelmarin.
Menurut sumber, pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 22 tahun ditahan apabila dilihat memasukkan kesemua tin kari ayam tersebut ke dalam beg tangan melalui kemera litar tertutup (CCTV) sekitar jam 8 malam.
“Mereka ditahan oleh pengawal keselamatan sebaik sahaja keluar dari kedai tersebut dan hasil pemeriksaan telah menjumpai tin-tin kari ayam tersebut bersama dengan sebungkus ‘Mee Sedap’ yang disembunyikan di dalam beg dan poket seluar,” kata sumber.
Mereka kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh pihak pengurusan kedai berkenaan bagi membantu siasatan
Loading...

Related

Sarawak 3359117285687052988

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item