satusabah

Semasa Sabah : Perintah berkurung di empat daerah sepanjang 1,400 km di pantai timur Sabah dalam tempoh 48 jam

Polis akan mengumumkan perintah berkurung di empat daerah sepanjang 1,400 km di pantai timur Sabah dalam tempoh 48 jam bagi mengekang kema...

Polis akan mengumumkan perintah berkurung di empat daerah sepanjang 1,400 km di pantai timur Sabah dalam tempoh 48 jam bagi mengekang kemasukan penceroboh.

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Polis mengumumkan perintah berkurung di empat daerah sepanjang 1,400 km di pantai timur Sabah dalam tempoh 48 jam bagi mengekang kemasukan penceroboh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan media memaklumkan langkah-langkah berkenaan diambil bagi meningkatkan tahap keselamatan.

Ia membabitkan kawasan panas seperti Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Katanya, Seramai 330 anggota PDRM dan 350 anggota ATM akan dikerahkan ke pantai timur Sabah bagi menguatkankan lagi keanggotaan sedia ada untuk mengekang kemasukan penceroboh di negeri berkenaan.

Selain itu, tambahan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan ditingkatkan di kawasan strategik di pantai timur Sabah.
Loading...

Related

Perintah Berkurung 4397152926685364071

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item